Top 8 Air Mineral Terbaik di Malaysia (Pilihan Ramai)

Dalam post ini kami kumpulkan senarai air mineral terbaik yang ada dalam pasaran Malaysia.

Rujukan ini untuk memudahkan anda membuat pilihan jika hendak membeli air mineral.

Kandungan dalam post ini:

Sebelum itu, kita lihat secara ringkas dahulu:

Apakah itu Air Mineral?

Air mineral adalah air yang datang atau diambil dari bawah tanah.

punca sumber air mineral
Punca sumber air mineral.

Air ini mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium, kalium dan mineral lain yang mana memberikan ia rasa berbeza berbanding air minuman biasa.

AIR MINERAL VS AIR BIASA

Apakah beza air mineral dan air biasa?

Air mineral atau nama rasminya Air mineral semulajadi (AMS) mengandungi mineral semulajadi dan diambil dari punca air bawah tanah.

Air biasa atau Air minuman berbungkus (AMB) tidak mengandungi mineral semulajadi dan diambil dari punca air seperti air paip.

WARNA PENUTUP BOTOL SEBAGAI TANDA

warna penutup botol air minuman

Di Malaysia, warna penutup botol biasanya menandakan jenis air minuman tersebut:

  1. Penutup berwarna putih: Air minuman bertapis yang diambil daripada sumber air paip yang telah dirawat.
  2. Penutup berwara biru: Air mineral yang diambil daripada mata air bawah tanah dan mengandungi mineral semulajadi.
  3. Penutup berwarna hijau: Air mineral, mengandungi mineral semulajadi dan mempunyai rasa yang mana adalah rasa semulajadinya ataupun dibuat.

Senarai air mineral terbaik

Apabila anda mahu memilih dan membeli air mineral, terdapat beberapa perkara yang berbaloi untuk diambil tahu seperti:

  • Deskripsi rasa
  • Adakah bersesuaian dengan kesukaan anda.

  • Pengeluar & tahun keluaran
  • Mempengaruhi teknologi, standard syarikat dan kepercayaan umum terhadap jenama.

  • Punca air
  • Punca air mempengaruhi kualiti air mineral dan adalah lebih baik jika kita tahu dimana sumbernya.

  • Kandungan mineral
  • Senarai mineral yang terkandung.

  • Jumlah pepejal terlarut
  • Mempengaruhi rasa dan warna. Kandungan yang tinggi memberikan rasa masin atau pahit. Terlalu sedikit pula memberikan rasa hambar dan tawar. (rendah kurang daripada 50mg/L, tinggi atas 300mg/L)

  • Kandungan garam
  • Untuk rujukan pengguna yang mempunyai sensitif terhadap garam, faktor kesihatan. Kandungan garam yang tinggi memberikan rasa masin pada air. Atas 180mg/L akan beri rasa masin.

Seterusnya, berikut merupakan senarai air mineral terbaik sebagai rujukan anda.

Ia disusun berdasarkan kepopularan setiap satu di Malaysia

1 Air mineral Spritzer

air mineral spritzer

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

Air mineral Spritzer dikenali dengan rasa segar, rasa mineral yang seimbang dan sedikit manis. Ia mula dijual dipasaran sejak tahun 1989 oleh Spritzer Group.

Air mineral ini berpunca daripada hutan hujan seluas 400 ekar di Taiping, Perak yang mana diambil dari punca air asli sedalam 420 kaki dibawah tanah.

Ia kaya dengan mineral seperti silika, bikarbonat, kalium, kalsium magnesium dan natrium.

Jumlah pepejal terlarut adalah 135mg/L, tidak terlalu tinggi atau rendah, memberikan ia rasa seimbang. Kandungan garam pula adalah 7.8mg.

Menurut kajian yang dijalankan oleh SIRIM, air mineral water Spritzer tidak mengandungi mikroplastik membuatkan ia selamat untuk diminum.

2 Air mineral Cactus

cactus mineral water

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

Air mineral Cactus tampil dengan rasa asli. Ia dikeluarkan oleh syarikat Cactus Marketing yang mana adalah anak syarikat kepada Spritzer.

Air mineral ini diambil daripada punca simpanan akuifer semulajadi yang terletak 100 meter dibawah (berbeza dengan punca air untuk Spritzer).

Ia mengandungi mineral seperti kalium, kalsium, natrium, magnesium bikarbonat, sulfat dan klorida.

Jumlah pepejal terlarut adalah 153mg/L dan kandungan garam pula adalah 8.1mg/L.

Air mineral Cactus ini melalui proses penapisan teliti berdasarkan standard antarabangsa. Ia di iktiraf oleh ABWA dan JAKIM.

3 Air mineral Dasani

dasani mineral water

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

Air mineral Dasani tampil dengan rasa segar dan bersih. Ia dikeluarkan oleh syarikat Coca-Cola sejak tahun 1999.

Air mineral ini diambil daripada punca air bawah tanah yang diluluskan dan mengandungi mineral seperti kalsium, natrium, kalium, magnesium, bikarbonate, klorida dan sulfat.

Jumlah pepejal terlarut adalah 194mg/L dan kandungan garamnya pula adalah 4.4mg/L.

Air mineral Dasani mematuhi peraturan untuk air minuman berbungkus oleh FDA.

4 Air mineral Bleu

bleu air mineral terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

Air mineral Bleu tampil dengan rasa asli. Ia dikeluarkan oleh Etika Group Malaysia.

Air mineral ini diambil dari pucna air bawah tanah yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia mengandungi mineral seperti bikarbonat, kalium, klorida, magnesium, natrium dan sulphate.

Jumlah pepejal terlarut adalah 194mg/L and kandungan garam pula adalah 4.4mg/L.

Air mineral ini juga mendapat pengiktirafan dari ABWA dan kelulusan dari jabatan kesihatan, memastikan ia mematuhi standard.

5 Air mineral F&N Ice Mountain

fn ice mountain

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

Air mineral F&N Ice Mountain tampil dengan rasa segar dan sedikit rasa bergas. Ia adalah keluaran Syarikat Fraser & Neave Malaysia.

Air mineral ini berpunca dari simpanan akuifer semulajadi yang terletak 100 meter dibawah tanah di Bentong Lenggeng dan kaki bukit Matang.

Ia mengandungi bahan mineral seperti korida, magnesium, natrium, sulfat, kalsium bikarbonat dan kalium.

Jumlah pepejal terlarut adalah 194mg/L dan garam pula adalah 4.4mg/L.

Air mineral ini menjalani proses penapisan yang teliti untuk memastikan kualitinya, bebas dari bahan kimia & mikroorganisma berbahaya.

6 Air mineral Desa Valley

desa valley air mineral terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Air mineral Desa Valley tampil dengar rasa segar atau menyegarkan. Ia dikeluarkan oleh syarikat Desa Mineral Water.

Punca air mineral diambil dari kawasan Bukit Jintan, Ayer Hitam Johor. Mengandungi mineral seperti kalium, kalsium, natrium, magnesium, bikarbonat, sulfat dan klorida.

Ia mengandungi jumlah pepejal terlarut 172mg/L dan kandungan garam 12.9mg/L.

Kualiti air mineral ini melepasi semua keperluan standard seperti HACCP dan selamat untuk diminum.

7 Air mineral Volvic

volvic air mineral terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

Air mineral Volvic tampil dengan keunikkan rasanya yang tersendiri. Rasa segar, bergas, bersih dengan sedikit kemanisan apabila air habis dimulut.

Air mineral ini dikeluarkan oleh Groupe Danone semenjak 1938.

Punca air ini diambil daripada Chaîne des Puys – Limagne Fault, Auvergne Volcanoes Regional Park, Puy de Dôme France dimana ia ditapis melalui 6 lapisan batu gunung berapi yang mana memberikan ia rasa unik tersendiri.

Mengandungi mineral seperti kalsium, sulfate, kalium, bikarbonat, silika dan klorida.

Jumlah pepejal terlarut adalah 109mg/L dan garamnya pula 12mg/L.

Air mineral Volvic ini dilindungi daripada pencemaran dan tidak menggunakan sebarang rawatan kimia. Daripada punca air ke botol, air mineral ini tidak disentuh secara langsung oleh manusia.

8 Air mineral Evian

evian

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

Air mineral Evian tampil dengan slogan rasa sejuk dan ‘crispy’. Ia dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa Danone yang mana mula beroperasi sejak tahun 1789 di Evian-les-Bains.

Air mineral ini berpunca dari air hujan atau salji yang meresap di pergunungan French Alps, melalui tapisan semulajadi pasir dan batu dan akhirnya keluar sebagai mata air di kaki gunung Alps.

Ia mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium, potasium, natrium, nitrate, bikarbonat, sulfat, silika dan klorida.

Kandungan pepejal terlarutnya agak tinggi iaitu 345mg/L. Kandungan garam pula 6.5mg/L.

Air mineral melepasi kesemua standard untuk air minuman berbungkus dan syarikat pengeluarnya juga adalah ahli kepada persatuan air berbungkus antarabangsa (IBWA).

Semoga senarai air mineral terbaik ini bermanfaat untuk rujukan anda.

Jangan lupa lawati dan like laman page uniklist!

Leave a Reply