37 Drama Korea Terbaik, Rating Tinggi & Wajib Tonton

Mempersembahkan, senarai drama Korea terbaik khas untuk anda!

Pasti menarik jika anda pengemar filem Korea.

Lihat senarai ini, mungkin terdapat drama Korea yang belum lagi anda tonton.

Untuk dimana nak tonton anda boleh cuba lihat post senarai laman movie percuma.

(dicadangkan anda lihat dari saluran yang sah)

Jika terdapat drama Korea yang anda kira sebagai terbaik tetapi tiada dalam senarai, boleh nyatakan dalam ruangan komen.

Teruskan membaca!

1 The World of the Married (2020)

The World of the Married - drama korea terbaik

Sinopsis: Kisah kecurangan dalam perkhawinan yang membawa kepada dendam, kesedihan, kemaafan dan akhirnya pulih semula.

Adaptasi siri Doctor Foster dengan setting dan budaya Korea.

Pelakon utama: Kim Hee-ae, Park Hae-joon, dan Han So-hee.

2 Hospital Playlist (2020)

Hospital Playlist - drama korea terbaik

Sinopsis: Kisah 5 orang doktor dalam lingkungan usia 40-an yang mana merupakan rakan baik sejak bangku persekolahan.

Jalan cerita yang dramatik berlatarkan suasana keadaan di hospital. Ditambah dengan kisah persahabatan antara doktor ini.

Pelakon utama: Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung dan Jeon Mi-do.

3 Itaewon Class (2020)

Itaewon Class - drama korea terbaik

Sinopsis: Kisah Park Sae-ro-yi yang ingin membalas dendam terhadap Jangga Group selepas keluar dari penjara.

Sae-ro-yi dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun selepas cubaan untuk membunuh Geun-won, anak kepada CEO Jangga Group.

Geun-won telah menyebabkan kematian ayah Park Sae-ro-yi dengan pemanduannya yang tidak berhemah dan berbahaya.

Pelakon utama: Park Seo-joon, Kim Da-mi, Yoo Jae-myung dan Kwon Nara.

4 Touch (2020)

Touch drama korea terbaik

Sinopsis: Cha Jeong-Hyeok yang mana merupakan make-up artist yang popular tetapi kini kehilangan pekerjaan dan mempunyai hutang.

Han Soo-Yeon, setelah gagal menjadi idol selama 10 tahun menemui bakat baru – make-up artist.

Mereka bertemu dan berkerja bersama-sama. Drama romantik komedi.

Pelakon utama: Joo Sang-wook dan Kim Bo-ra

5 Dr. Romantic 2 (2020)

Dr Romantic 2 - drama korea terbaik

Sinopsis: Mengisahkan tentang Boo Yong-joo, pakar bedah yang mempunyai sijil triple-board.

Beliau suatu ketika dahulu pernah pernah berkerja di pusat perubatan terkenal di Seoul, Geosan University Hospital.

Selepas kejadian traumatik, beliau menghilangkan diri dan mengubah namanya menjadi Kim Sa-bu.

Pelakon utama: Han Suk-kyu, Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung dan Kim Joo-hun.

6 Mr. Queen (2020)

Mr Queen - drama korea terbaik

Sinopsis: Mengisahkan lelaki moden yang balik ke masa lampau ketika era Josean dalam badan seorang permasuri (Shin Hye Sun).

Kemudiannya terlibat dengan Raja yang penuh misteri (Kim Jung Hyun), yang mana menyembunyikan kepandaian dan personaliti sebenarnya.

Pelakon utama: Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun

7 Crash Landing on You (2019)

Crash Landing on You

Sinopsis: Cerita bertemakan cinta terlarang antara billionaire dan CEO dari Korea Selatan, Yoo Se-Ri, dengan Kapten Special Force Korea Utara, Ri Jeong-Hyeok.

Bermula kisah Yoo Se-Ri yang terpaksa mendarat kecemasan di Korea Utara, apabila menghadapi masalah ketika sedang melakukan aktiviti paragliding.

Pelakon utama: Hyun Bin, Son Ye-jin, Kim Jung-hyun dan Seo Ji-hye

8 Hotel Del Luna (2019)

Hotel Del Luna

Sinopsis: Mengisahkan tentang Koo Chan Sung, yang berkerja di hotel Del Luna diatas perjanjian antara bapanya dengan pemilik hotel berkenaan.

Hotel del Luna adalah tempat ghaib dan tidak kelihatan semasa siang hari.

Pekerja dan pelanggannya adalah roh yang mana mempunyai urusan yang tidak selesai semasa hidupnya.

Ia adalah tempat persinggahan untuk menyelesaikan urusan mereka sebelum meneruskan ke alam selepas mati.

Pelakon utama: Lee Ji-eun dan Yeo Jin-goo

9 Doctor John (2019)

Doctor John

Sinopsis: Mengisahkan tentang Cha Yo-han, doktor anestesiologi. Meskipun sedikit angkuh, beliau adalah genius dalam kerjayanya.

Ia dibantu oleh Kang Si-young, seorang yang bijak pintar, ikhlas, menghormati dan penyayang dan mendengar pesakitnya.

Setiap episod membawa peristiwa dramatik baru pesakit dan selitan kisah percintaan yang tidak kurang hebatnya.

Pelakon utama: Ji Sung, Lee Se-young, Lee Kyu-hyung dan Hwang Hee

10 The Tale of Nokdu (2019)

The Tale of Nokdu

Sinopsis: Mengisahkan tentang Nok Du, pemuda berasal dari pulau terasing, mengejar pembunuh yang menyerang diri dan keluarganya sehingga sampai ke Widow’s Village.

Untuk masuk ke kawasan tersebut, Nok Du menyamar sebagai seorang wanita yang kematian suami.

Ketika tinggal di kawasan tersebut, dia bertemu dengan pelatih kisaeng, Dong Dong dan mengungkap kebenaran di sebalik serangan terhadap keluarganya dan juga rahsia yang mengubah kehidupannya.

Pelakon utama: Jang Dong-yoon, Kim So-hyun, Kang Tae-oh dan Jung Joon-ho

11 The Wind Blows (2019)

The Wind Blows

Sinopsis: Do-hoon, apabila mengetahui dirinya menghidapi penyakit Alzheimer membuat keputusan untuk menceraikan isterinya, Soo-jin.

Mereka bertemu kembali 5 tahun berikutnya dan Soo-jin mengetahui sebab disebalik penceraiannya.

Pelakon utama: Kam Woo-sung, Kim Ha-neul, Kim Sung-cheol dan Kim Ga-eun

12 Mother of Mine (2019)

Mother of Mine

Sinopsis: Kisah ibu tunggal Park Seon-ja, memiliki sebuah restoran kecil dan membesarkan 3 orang anak perempuanya bersendirian.

Pelakon utama:Kim Hae-sook, Kim So-yeon, Kim Ha-kyung, Park Geun-soo, Nam Tae-boo dan Choi Myung-gil.

13 Angel’s Last Mission (2019)

Angel’s Last Mission

Sinopsis: Mengisahkan tentang Lee yeon-seo, seorang yang sangat berbakat dan penari ballet berjaya dengan syarikat Fantasia Ballet milik keluarganya.

Lee yeon-seo kehilangan penglihatan selepas kemalangan teruk. Ini menjadikan ia bertukar menjadi seorang yang ‘jahat’ kepada semua orang.

Dan, seorang malaikat yang bersifat positif, riang dan selalu terlibat dalam masalah. Untuk kembali ke syurga, dia diberikan tugasan – mencari cinta sejati untuk Yeon-seo.

Pelakon utama: Shin Hye-sun, Kim Myung-soo, Lee Dong-gun, Kim Bo-mi, Do Ji-won dan Kim In-kwon

14 Moment at Eighteen (2019)

Moment at Eighteen

Sinopsis: Mengisahkan tentang hidup seorang remaja berumur 18 tahun, Choi Joon-woo, yang mana kehidupannya dibentuk oleh serba kekurangan dalam keluarganya dan juga konflik yang dihadapinya di sekolah.

Pelakon utama: Ong Seong-wu, Kim Hyang-gi, Shin Seung-ho and Kang Ki-young

15 Strangers From Hell (2019)

Strangers From Hell

Sinopsis: Yoon Jong-woo, berusia 20-an dan sepanjang hidupnya menetap di pekan kecil.

Dia berpindah ke Seoul apabila mendapat kerja di sebuah pejabat kecil.

Di sana dia tingal di sebuah apartment kecil yang mana harus berkongsi dapur dan kamar mandi dengan penginap lain.

Dia berasa tidak selesa tinggal di tempat tersebut dan merasakan penginap lain pelik dan mencurigakan.

Pelakon utama: Im Si-wan dan Lee Dong-wook

16 The Light in Your Eyes (2019)

The Light in Your Eyes

Sinopsis: Mengisahkan tentang Kim Hye Ja, yang mana untuk mengelakkan ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan, memanipulasikan masa menggunakan jam istimewa.

Akan tetapi kebolehan ini datang dengan bayaran – umur Kim Hye Ja.

Setiap kali dia menggunakan kebolehan ini, jam tersebut akan mengambil umurnya sebagai pengganti.

Hye Ja kemudian berjumpa dengan Lee Joon Ha yang putus harapan dan kini berkerja sebagai scammer.

Pelakon utama: Han Ji-min, Kim Hye-ja, Nam Joo-hyuk, dan Son Ho-jun

17 The Crowned Clown (2019)

The Crowned Clown

Sinopsis: Mengisahkan tentang raja Joseon, Yi heon dan doppelganger nya, yang mana harus menggantikan tempat raja ketika raja sedang sakit.

Pengganti tersebut harus menguruskan istana dan permasuri tanpa identitinya diketahuai.

Pelakon utama: Yeo Jin-goo, Kim Sang-kyung, dan Lee Se-young

18 Mr.Sunshine (2018)

Mr.Sunshine

Sinopsis: Mengisahkan tentang Eugene Choi yang lahir dalam golongan hamba di Joseon.

Ia berjaya melarikan diri ke Amerika dan kembali semula ke Korea pada tahun 1871 sebagai membawa misi sebagai Marine Corps Office untuk Amerika.

Diselitkan kisah cinta dengan Go Ae-shin, cucu kepada golongan aristrokat dan plot jepun untuk menguasai Korea.

Pelakon utama: Lee Byung-hun, Kim Tae-ri, Yoo Yeon-seok, Kim Min-jung dan Byun Yo-han

19 Sky Castle (2018)

sky castle

Sinopsis: Drama yang mengisarkan tentang kehidupan para isteri di kawasan kediaman mewah yang dipanggil Sky Castle.

Para isteri ini bertekad menjadikan suami mereka lebih berjaya, anak-anak mereka seperti putera / puteri dan mendapat tempat tertinggi di sekolah.

Pelakon utama: Yum Jung-ah, Lee Tae-ran, Yoon Se-ah, Oh Na-ra dan Kim Seo-hyung

20 100 Days My Prince (2018)

100 Days My Prince

Sinopsis: Mengisahkan perbalahan / perebutan kuasa dalam istana.

Pengkhianatan atas pengkhianatan yang menjurus kepada rancangan pembunuhan Yul (crowned prince).

Yul selamat daripada agenda tersebut dan berjumpa dengan Yi-seo, cinta pertamanya ketika zaman kanak-kanak.

Pelakon utama: Do Kyung-soo dan Nam Ji-hyun

21 What’s Wrong with Secretary Kim? (2018)

What’s Wrong with Secretary Kim

Sinopsis: Mengisahkan tentang Lee Young-joon, vice-chairman syarikat besar.

Hidupnya digegarkan dengan Kim Mi-so, setiausaha yang sangat berkebolehan, apabila Kim membuat pengumuman bahawa dia akan berhenti setelah 9 tahun bekerja dibawah Young-joon.

Young-joon berusaha untuk membatalkan niat Kim…

Pelakon utama: Park Seo-joon dan Park Min-young

22 The Hymn of Death (2018)

The Hymn of Death

Sinopsis: Mengisahkan tentang percintaan tragis antara penyanyi soprano pertama Joseon, Yun Sim-deok dan juga penulis drama genius, Kim U-jin.

Pelakon utama: Lee Jong-suk dan Shin Hye-sun

23 My ID is Gangnam Beauty (2018)

My ID is Gangnam Beauty

Sinopsis: Mengisahkan tentang Kang Mi-rae, yang membuat keputusan untuk mengambil pembedahan plastik selepas dibuli kerana rupa parasnya.

Namun, kecantikkan baru ini memberikan cabaran baru kepadanya.

Mi-rae kemudian bertemu dengan rakan sesekolahnya, Do Kyung-seok, yang agak sukar untuk dijadikan teman, tetapi sangat mesra dengan adiknya. Kyung-seok kemudiannya jatuh cinta pada Mi-rae dan berusaha untuk memenangi hatinya.

Pelakon utama: Im Soo-hyang, Cha Eun-woo, Jo Woo-ri dan Kwak Dong-yeon

24 Memories of the Alhambra (2018)

Memories of the Alhambra

Sinopsis: Megisahkan tentang dunia maya yang bercampur aduk dengan dunia sebenar.

Yoo Jin-woo CEO syarikat pelaburan berjumpa dengan Jung Se-joo, pencipta game AR.

Plot bertambah dramatik dengan kehilangan Se-joo tanpa dikesani.

Pelakon utama: Hyun Bin dan Park Shin-hye

25 Encounter (2018)

Encounter

Sinopsis: Takdir menemukan Cha Soo-hyun, anak perempuan kepada ahli politik yang memiliki segalanya dengan Kim Jin-hyuk, lelaki muda yang tidak memiliki apa-apa.

Mereka meninggalkan kesemuanya dan mengambil keputusan untuk hidup bersama-sama.

Pelakon utama: Song Hye-kyo dan Park Bo-gum

26 The Lady in Dignity (2017)

The Lady in Dignity

Sinopsis: Mengisahkan tentang Woo A-jin yang menjalani hidup mewah dengan kekayaan ayah mentuanya.

Hidupnya berubah 100% apabila keadaan kewangan ayah mentuanya merundum. Ditambah lagi dengan pengkhianatan oleh suaminya sendiri.

Pelakon utama: Kim Hee-sun, Kim Sun-ah, Jung Sang-hoon, Lee Tae-im dan Lee Ki-woo

27 Prison Playbook (2017)

Prison Playbook

Sinopsis: Drama berkisar tentang kehidupan di dalam penjara, keluarga dan pegawai yang bertugas dalam penjara.

Mengisahkan star pemain baseball professional yang dipenjarakan atas tuduhan menyerang dan mecederakan apabila ia cuba menyelamatkan adik perempuannya daripada gangguan seksual.

Pelakon utama: Park Hae-soo dan Jung Kyung-ho

28 Innocent Defendant (2017)

Innocent Defendant

Sinopsis: Mengisahkan tentang Park Jung-woo, seorang pendakwa raya yang tiba-tiba bangun dan mendapati dirinya adalah pesalah yang sedang menunggu hukuman mati.

Dia juga kehilangan ingatan, dan tidak bagaimana ia boleh berada dalam situasi demikian.

Dia berusaha untuk mendapatkan semula ingatannya dan membersihkan namanya.

Pelakon utama: Ji Sung with Um Ki-joon, Kwon Yu-ri, Oh Chang-seok dan Uhm Hyun-kyung

29 Tomorrow With You (2017)

Tomorrow With You

Sinopsis: Cerita mengisahkan tentang Yoo So-joon, CEO syarikat hartanah, yang mempunyai kebolehkan untuk mengembara merentasi masa dan Song Ma-rin, seorang jurugambar.

So-joon mengetahui bahawa dirinya pada masa akan datang akan mati, segera mengahwini Ma-rin untuk mengelak daripada takdir tersebut.

Pelakon utama: Lee Je-hoon dan Shin Min-a

30 Fight for My Way (2017)

Fight for My Way

Sinopsis: Mengisahkan tentang orang bawahan yang berusaha untuk mencapai impian dalam bidang yang luar daripada kebolehan mereka.

Diselitkan dengan kisah persahabatan dan percintaan yang berkekalan sejak dari zaman kanak-kanak.

Pelakon utama: Park Seo-joon, Kim Ji-won, Ahn Jae-hong dan Song Ha-yoon

31 Goblin (2016)

Goblin

Sinopsis: Mengisahkan tentang Kim Shin, general tentera yang dikhianati oleh rajanya sendiri.

Ketika berhadapan dengan kematian, Tuhan menjadikan Kim Shin sebagai Goblin, yang mempunyai kehidupan abadi.

Dengan syarat, Kim Shin mesti melindungi orang-orang tertentu daripada kesengsaraan hidup.

Setelah sekian lama hidup, Kim Shin bertekad mencari teman hidup yang ditakdirkan untuk menamatkan kehidupan abadinya.

Pelakon utama: Gong Yoo, Kim Go-eun, Lee Dong-wook, Yoo In-na, dan Yook Sung-jae

32 Descendants of The Sun (2016)

Descendants of The Sun

Sinopsis: Kisah cinta antara Captain Yoo Shi Jin, Pasukan Tentera Khas Korea Selatan dengan Doktor Kang Mo yeon, pakar jurubedah di Hospital Hesung Seol.

Berlatarkan peperangan dan kehidupan yang berbahaya.

Pelakon utama: Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Jin Goo, dan Kim Ji-won

33 Another Miss Oh (2016)

Another Miss Oh

Sinopsis: Mengisahkan tentang Park Do-kyung, seorang Sound Director dalam usia 30-an, yang ditinggalkan bakal isterinya sehari sebelum perkhawinan.

Kemudian berjumpa dengan, Oh Hae-young yang mana namanya sama dengan bekas bakal isteri yang meninggalkannya.

Pelakon utama: Eric Mun, Seo Hyun-jin dan Jeon Hye-bin.

34 Signal (2016)

Signal

Sinopsis: Mengisahkan kehidupan seorang polis Park Hae Young. Adaptasi daripada kes jenayah sebenar di Korea termasuklah kes pembunuhan bersiri Hwaseong.

Pelakon utama: Lee Je-hoon, Kim Hye-soo dan Cho Jin-woong

35 Kill Me, Heal Me (2015)

Kill Me, Heal Me

Sinopsis: Mengisahkan tentang Cha Do Hyun yang mengalami krisis identiti selepas kejadian yang hampir meragut nyawa.

Dia mencuba untuk memperbaiki keadaan dirinya dengan bantuan Oh Ri Jin, seorang psikiatri cantik.

Mampukah Do Hyun menguasai semula dirinya sebelum salah satu daripada identiti palsunya mengambil alih?

Pelakon utama: Ji Sung, Hwang Jung-eum, Park Seo-joon, Oh Min-suk, dan Kim Yoo-ri

36 Reply 1988 (2015)

Reply 1988

Sinopsis: Mengisahkan tentang kehidupan 5 sahabat yang tinggal di sebuah penempatan kecil, Ssangmun-dong di Seoul. Kisah berkisar tentang kepayahan hidup dan juga kenangan ketika umur mereka dalam lingkungan 18-19 tahun.

Reply 1988 adalah season ke-3 untuk siri Reply. Terdahulu adalah Reply 1997 dan Reply 1994.

Pelakon utama: Lee Hye-ri, Park Bo-gum, Go Kyung-pyo, Ryu Jun-yeol dan Lee Dong-hwi.

37 My Kids Give Me a Headache (2012)

My Kids Give Me a Headache

Sinopsis: Drama tentang kehidupan 3 generasi keluarga Ahn yang tinggal dalam satu rumah di Seoul.

Bagaimana mereka berhadapan dengan diskriminasi daripada masyarakat apabila cucu perempuan termuda mereka yang mana berpelajaran tinggi dan pintar menjadi ibu tunggal.

Pelakon utama: Lee Soon-jae, Kim Hae-sook, Yoo Dong-geun dan Uhm Ji-won.

Kongsikan post drama korea terbaik ini pada mereka yang meminati drama korea!

Leave a Reply