Dalam post ini kami senaraikan idea hadiah anniversary khas untuk suami tersayang anda.
Mungkin ada di antara senarai ini yang mengena dengan target anda.
Paling kurang pun mungkin boleh membantu mencetuskan idea hadiah terbaik untuk si suami.
Sebelum itu, sedikit tips yang mungkin boleh membantu:
Tips pilih hadiah untuk suami
Cuba baca seimbas lalu tips-tips ini.
Ia mungkin boleh membantu anda untuk memikirkan hadiah anniversary terbaik untuk suami anda:
1. Senaraikan apa yang diminati oleh si suami.
Apa yang sering dilakukan oleh si suami selain daripada kerjanya?
Apakah hobi dan minatnya?
2. Senaraikan apa yang diperlukan oleh si suami
Cuba lihat apakah benda yang dapat membantu si suami dalam aktiviti hariannya.
Apa yang dia nak tapi tak dapat atau sering tangguh untuk beli.
Lihat dalam keretanya, lihat meja kerjanya…
Mungkin ada sesuatu yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
3. Cari idea daripada kejadian masa lampau
Cuba ingat kembali kejadian masa lampau.
Mungkin ada benda yang dia sayang hilang atau rosak.
Mungkin suami pernah menghadapai masalah yang memerlukan satu benda tapi masa itu tak ada..
4. Fikirkan apakah mesej yang dapat disampaikan oleh hadiah tersebut
Apa yang anda nak sampaikan pada suami?
Semasa nak putuskan apa hadiah, cuba fikirkan mesej disebalik hadiah tersebut..
5. Jadi kreatif dengan balutan hadiah anda
Gaya persembahan hadiah menjadikan hadiah 2 kali lagi hebat.
Cuba cari idea bagaimana nak persembahkan hadiah tersebut.
6. Hadiah tidak semestinya dalam bentuk barang
Kadang-kadang hadiah terbaik tidak semestinya dalam bentuk barangan.
Selain daripada benda, kita boleh fikirkan bentuk hadiah lain.
Contohnya masa, percutian dan sebagainya.
7. Jangan bagi bunga
Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini.
Tapi, fikirkan…
Adakah suami anda benar-benar perlukan bunga?
Bunga memang cantik, dengan warna yang menyerlah dan romantik.
Tapi lepas 2-3 hari akan layu… dan kena buang.
(Suami juga yang buangkan)
Jika bagi 1 set dengan hadiah sebenar tak ada masalah – digalakkan.
8. Jangan bagi masalah
Jangan bagi hadiah yang memerlukan mereka untuk memilih.
Contohnya gift card, percutian yang tiada tarikhnya…
Dan jika boleh, janganlah hadiahkan wang tunai dengan suami.
Sesetengah suami mungkin okay dan sukakannya, tapi kebanyakkan hati lelaki akan ‘terasa’ jika diberikan hadiah tunai oleh isteri.
Siap untuk tips.
Kita lihat contoh-contoh hadiah pula.
Senarai Idea Hadiah Anniversary untuk Suami
Berikut adalah senarai hadiah aniversary yang boleh anda berikan untuk suami anda.
Jika nak senarai yang lebih general boleh juga rujuk: Hadiah untuk lelaki
1 T-Shirt Husband Hero
RM33+
Untuk mengingatkan suami yang dia adalah suami, hero dan ayah kepada anak anda.
Suami pasti bangga dengan t-shirt ini.
2 Baju Hujan Chanel & Co
RM19+
Sangat sesuai untuk suami yang suka menggunakan motor ke tempat kerja.
Memberikan perlindungan daripada hujan dan dilengkapi dengan strip reflektif untuk keselamatan jalan raya.
Selain tahan lama dan lasak, ia juga tampak bergaya.
3 Kasut Hiking Utanking
RM39+
Untuk suami yang gemarkan aktiviti lasak seperti hiking, memancing, masuk hutang dan sebagainya.
Ringan, tahan lasak, cepat kering dan tidak licin.
Sangat sesuai untuk perjalanan jauh dan pelbagai jenis muka bumi.
4 Kasut Slip-on Croopper
RM109+
Jika kasut sedia ada sudah lusuh gantikan dengan kasut Croopper ini.
Selesa, bergaya dan senang untuk dipakai.
Selain pakai untuk kerja, boleh juga digunakan untuk acara-acara lain, sesuai dipadankan dengan selaur jeans.
5 Komine Biker Gloves (Touchscreen)
RM59
Sangat berguna dan memudahkan bagi suami yang menggunakan motorsikal.
Ia mempunyai kebolehan untuk menggunakan touchscreen.
Tidak perlulah suami anda menanggalkan sarung tangan jika nak guna smartphone.
Selain itu, ia selesa, mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tahan lasak.
6 Anti Blue Light Glasses
RM159
Sangat penting untuk suami yang sering berdepan dengan komputer.
Cermin mata anti blue light menjaga kesihatan mata dan ‘mood’ suami.
Selalunya, orang yang selalu berdepan dengan komputer akan mudah mengalami sakit kepala.
Tambahan lagi jika usia sudah menjejaki alam 30-an dan ke atas.
7 Geemy 3in1 Trimmer & Shaver
RM24+
Set trimmer dan shaver 3 dalam 1.
Cukup untuk cover semua bulu dan rambut yang nak dibersihkan – Rambut, bulu hidung dan lain-lain.
Ianya jenis portable dan dilengkapi dengan bateri yang boleh dicas semula.
8 Grill & BBQ Elektrik
RM79+
Untuk suami rajin nak panggang ayam, ikan, daging…
Bukan senang nak uruskan arang dan bersihkan bekas panggangan tu.
Apa kata anda belikan set grill bbq elektrik ini.
Mudah nak urus dan bersihkan.
9 Set Khemah Mudah alih
RM139+
Untuk suami yang suka aktiviti camping-camping.
Untuk suami yang memang perlukan khemah.
Ada banyak jenis. Boleh pilih yang untuk 2 orang atau untuk keluarga.
Ada juga yang jenis automatik pasang sendiri.
10 Mesin Kopi Konka
RM75+
Alat-alat seperti inilah yang menambah keceriaan dalam hidup seharian seorang lelaki.
Suami anda pasti menghargai hadiah ini.
Selain kopi, boleh juga buatkan teh.
Cerita tentang kopi, saya nak share satu lagu untuk anda bagi dekat suami.
Pasti dia sukakannya: Uncle Djink – Kopi lagi
11 Self Stirring Mug
RM8+
Untuk lelaki yang sukakan kopinya, alat ini pasti mengena.
Design yang menarik dan lagi-lagi boleh automatik kacau sendiri.
Ia juga dilengkapi dengan penutup kedap udara, suhu minuman beoleh kekal lama dan semut atau benda asing tak boleh dapat masuk.
12 Philips Sonicare Elite
RM165
Mungkin suami anda perlu upgrade berus giginya?
Biar kesihatan dan kebersihan suami lebih terjaga.
Berus gigi automatik ini dilengkapi dengan bateri boleh cas semula yang tahan sehingga 10 hari.
Ia juga dipercayai memberus 6 kali lebih bersih daripada berus gigi biasa.
13 Set Gift Box Gildan
RM99+
Set box hadiah berjenama Gildan.
Set hadiah ini mengandungi Hoodie Sweatshirt, T-shirt, topi, stokin dan kad thank you.
Anda boleh juga meminta untuk menulis mesej dalam kad tersebut.
14 Set Gift Box Swiss Polo
RM149+
Set box hadiah Swiss Polo.
Set hadiah ini terdiri daripada dompet kulit polo, tali pinggang 40mm, dan juga beg sangkut kalis air polo.
Lagi istimewa, dompet yang diberikan mempunyai ciri-ciri keselamatan RFID – untuk menghalang cubaan untuk mencuri butir-butir kad dari dompet menggunakan alat scanner.
15 Set Gift Badlab
RM20+
BADLAB adalah set produk khas untuk lelaki dan memang popular dikalangan lelaki.
Tidak mustahil suami anda juga suka dengan jenama produk daripada BADLAB ini.
Terdapat beberapa pilihan set yang ditawarkan, boleh pilih ikut apa yang diperlukan oleh suami anda.
16 Gelang Lelaki Youniq
RM39+
Pilihan aksesori bracelet @ gelang tangan yang cool untuk lelaki.
17 Tag Necklace Style Militiary
RM44+
Untuk mengingatkan suami anda bahawa dia adalah milik anda dan satu-satunya untuk anda.
Boleh letak mesej dekat tag contohnya ‘lelaki ini milik [nama isteri]’.
18 Personalized Mug
RM15+
Anda boleh hadiahkan juga gelas dengan mesej personal.
Setiap kali nak minum, dia akan nampak mesej tersebut.
19 Personalized Pen
RM68+
Boleh juga hadiahkan custom pen. Boleh letak nama anda, atau ucapan anda dekat pen tersebut.
20 Personalized Wallet
RM45
Boleh juga customizekan wallet dengan gambar anda berdua.
Jadi amaran pada wanita-wanita lain yang cuba nak minta belanja dari suami anda.
21 Personalized Night Light
RM68
Lampu malam custom untuk suami anda.
ANda boleh letak ukiran gambar pilihan.
22 Personalized Jam Tangan
RM95+
Custom jam tangan yang mana anda boleh letak gambar pilihan.
23 Jam Poket I Love Husband
RM12+
Jika suami anda lebih gemarkan fesyen jam unik seperti ini.
Berguna dan sesuai dipadankan dengan seluar jeans.
24 Android Mini HD Projector
RM239+
Untuk suami yang gemar tengok movie atau bermain permainan dalam smartphone.
Selain itu, boleh digunakan untuk kerjanya – presentation dan sebagainya.
Projector mini mudah disambungkan dengan mana-mana smartphone dan dilengkapi dengan speakernya sendiri.
25 Jam LED Kipas
RM45+
Sangat sesuai untuk husband yang jenis tech.
Simple, berguna dan mempunyai keunikan tersendiri.
26 Sony Playstation 5
RM3.3k+
Kebanyakkan lelaki masa kini menjadikan permainan komputer @ game sebagai tempat melepaskan stress atau berhibur.
Jika suami tergolong dalam kategori ini, belikan dia PS5 pasti melonjak kegirangan.
27 Bosch GSR 1000 Drill Set
RM314
Tools seperti ini sangat berguna untuk lelaki.
Suami anda pasti gembira dapat memilikinya.
Banyak kerja dapat dilakukan dengan mudah jika adanya alat ini.
28 TT Racing Gaming Chair
RM399+
Jika suami anda sering menghabiskan masanya depan komputer, kerusi seperti ini merupakan hadiah yang terbaik dan paling sesuai.
Selesa dan menjaga kesihatan tulang belakang suami.
29 Dashcam Xiaomi 70Mai
RM169+
Keperluan penting untuk kereta.
Jika suami anda belum memilikinya, ini adalah masa terbaik untuk hadiahkan untuknya satu.
30 LS-222 Mini Helicopter
RM48+
Jika berkenaan dengan hobi suami.
31 Padang Golf Peribadi
RM1,299+
Tiada yang terbaik untuk pemain golf selain daripada memiliki padang mini sendiri.
Jika suami anda peminat sukan golf, ini adalah hadiah yang terbaik untuknya.
Suami pun tak perlu sering keluar untuk bermain golf. Boleh main dekat rumah sahaja.
32 Gitar Akustik Yamaha F310
RM329+
Jika suami anda suka bermain alat muzik.
33 Treadmill Jogging
RM1,288+
Hadiah anniversary terbaik untuk suami bagi memastikan kesihatanya sentiasa terjaga.
Boleh lihat juga alat senaman lain untuk rumah.
34 Tiket Permintaan Harus Ditunaikan
Sediakan tiket khas – tiket mana jika digunakan anda kena tunaikan permintaannya.
Terpulang pada anda nak bagi berapa keping – 1, 2, 5…
Anda boleh design card guna apps percuma seperti canva dan print sendiri.
Atau gunakan servis seperti Custom Order Card RM1 dari Shopee.
Dan tak boleh mungkir janji.
Tapi mungkin kena berhati-hati sedikit, mungkin kena letak sedikit syarat apa yang tak boleh minta.
35 Trip Percutian Berdua
Digalakkan agar anda pergi berdua sahaja.
Boleh mengulang kembali keromantikan bulan madu anda.
Tak perlu pergi lama-lama. 2 hari satu malam sudah cukup.
Tak perlu pergi jauh-jauh, cukup tempat yang tenang den selesa untuk berduaan.
Kongsikan jika post hadiah anniversary untuk suami ini menarik untuk anda.