Kami faham anda nak berikan hadiah hari guru yang terbaik a.k.a menarik.
Dan kami juga faham bukan semua pelajar mampu mengeluarkan bajet besar untuk membeli hadiah.
Sebab itulah kami keluarkan senarai ini.
Senarai hadiah hari guru terbaik dengan harga mampu milik oleh pelajar.
Semuanya bawah RM50 (kecuali no 21).
Semoga ia mengena dengan misi anda.
Tapi, sebelum itu, luangkan sedikit masa untuk baca bahagian ini:
Apakah hadiah terbaik untuk guru ku?
Berikut tips yang anda boleh gunakan untuk mencari hadiah yang betul-betul mengena:
- Apakah yang diminati oleh guru anda?
- Apakah yang diperlukan oleh guru anda?
- Apa mesej tersembunyi yang anda nak sampaikan melalui hadiah?
- Apakah warna kegemaran guru anda?
Betapa dedikasinya guru, juga merupakan insan biasa – yang mempunyai minat dan hobinya sendiri.
Jika anda boleh tahu minatnya, bolehlah berikan hadiah yang berkaitan.
Gunakan teknologi masa kini untuk mencari maklumat.
Kita boleh guna facebook, lihat gambar, status dan sebagainya.
atau boleh curi-curi dengar perbualan guru tersebut.
Dengar apakah topik yang sering diutarakan dalam perbualan hariannya.

Kita juga boleh lihat apakah benda yang diperlukannya.
Benda yang boleh memudahkan pekerjaan hariannya.
Contohnya, jika guru jenis sihat kerap berpeluh, kita bagi saputangan.
Selain itu, bila nak pilih hadiah cuba tanya diri.
Apakah mesej yang dapat saya sampaikan melalui hadiah ini?
Cara ini anda boleh gunakan jika nak buat hadiah jenis handmade / DIY.
Dan akhir sekali, pastikan anda tahu warna kegemaran si guru.
Agar hadiah tersebut lebih mengena.
Kalau boleh elakkan…
Elakkan memberi hadiah yang kelihatan cantik hanya ketika ‘masa ia diberi’.
Contohnya jambangan bunga ros.
Cantik dan wanginya hanya untuk hari itu sahaja.
Jika guru anda minat dengan bunga, bagi pokok bunga yang kemudiannya boleh ditanam.
Guru anda pasti takjub dengan hadiah-hadiah seperti ini.
Senarai hadiah hari guru bajet pelajar
Berikut adalah cadangan idea hadiah untuk guru anda.
Mungkin ada dari senarai ini yang bersesuaian.
Ataupun, mungkin boleh mencetus kepada idea yang lebih baik.
1 Lithops Indoor Plant
RM1.70/PC
Jika guru anda jenis yang minat dengan bunga atau tumbuh-tumbuhan hadiahkan beliau Lithops.
Lithops ini tumbuhan istimewa, kelihatan seperti batu kecil, tapi sampai masanya ia akan bagi suprise keluarkan bunga.
Hadiahkan beberapa biji sekaligus dan letak dalam pasu. jangan bagi sebiji sahaja.
2 Scented Oil Diffuser
RM13.80
Essential oil selalu digunakan untuk aromaterapi.
Ia dipercayai dapat mengatasi masalah stress, kerungsingan, migrain, sakit kepala dan banyak lagi.
Sangat sesuai untuk seorang guru agar moodnya sentiasa baik.
3 Jam LED 3D
RM18.99
Jam simple, moden, bergaya dan menjalankan tugasnya.
Tidak perlukan ruang yang besar. Boleh letak atas meja atau lekat dekat dinding.
Sangat sesuai jadual guru yang perlu tepat pada masanya.
4 Mesej Board Berlampu
RM28
Boleh tulis apa-apa nota dekat board dan pada masa yang sama cantik sebagai hiasan.
Kuasa untuk lampunya hanya perlukan sambungan USB.
Berguna dan cantik.
5 Smartphone Stand IKEA
RM5.90
Pemegang atau stand untuk handphone yang ringkas diperbuat daripada kayu bambu.
Senang dibersihkan, senang dijaga, tahan lasak dan nampak cantik secara natural.
Sesuai untuk handphone atau tablet dengan saiz maksimum 11 inci.
6 Rak meja
RM22.90
Bahan diperbuat daripada kayu, kukuh dan stabil.
Sesuai untuk rapikan meja yang sentiasa penuh dengan buku dan kertas.
Sesuai dengan meja seorang guru.
7 Stationary Station
RM25
Set stationary lengkap untuk seorang guru.
Set ini terdiri daripada 13 peralatan penting yang sering digunakan oleh seorang guru berserta tempatnya sekali.
8 Wrist Rest
RM33
set untuk melindungi pengelangan tangan bagi yang sering menggunakan komputer.
Jika anda juga selalu berdepan dengan komputer atau laptop, pasti tahu rasanya tangan sakit.
9 Ucapan/Gambar dengan Frame
RM24+
Anda juga boleh buat custom greeting atau gambar, print dan kemudian bagi frame.
Link yang saya berikan diatas meenyediakan servis print atas canvas dan frame.
Untuk design pula, anda boleh gunakan aplikasi online percuma seperti Canva.
10 Hand Pointer
RM6
Alat bantu mengajar yang berguna untuk guru.
Hand pointer ini boleh dipanjang dan dipendekkan, memudahkan untuk disimpan dan dibawah kemana-mana.
Agak tahan lasak dan tahan hempas.
11 Laser Pointer
RM12.99
Laser pointer ini adalah pilihan selepas hand pointer.
Kadang-kadang ada guru yang molek, susah nak sampai tempat yang tinggi.
Kesian tengok tangan terangkat, kaki terjengket.
12 Keyboard Mouse Handphone
RM38.99
Kelengkapan ini jika dihadiahkan kepada guru pasti sangat berguna.
Keyboard dan wireless ini boleh disambungkan kepada handphone atau tablet.
Bermakna ia memudahkan guru untuk kerjanya. Nak menaip tak perlu lagi buka komputer.
13 Planner Book
RM27
Agar nota-nota dan catatan harian lebih teratur.
Jika guru anda kelihatan tidak pernah mempunyai buku catatan, mungkin agak sesuai untuk hadiahkan padanya sebiji.
14 Sticky Note
RM4
Sticky note ini selalunya digunakan untuk menyimpan nota penting agar tidak dilupakan.
Sesuai untuk guru yang hariannya memang sibuk.
Sticky note jenis ini latarnya dihiasi dengan permandangna pilihan. Tidaklah hambar sangat.
15 USB Flash Drive
RM15+
USB Flash Drive ini bagi siapa-siapa tetap berguna.
Jika nak buat sebagai hadiah pasti tak salah.
16 Personal Embosser
RM16
Buat custom embosser untuk guru anda. Letak nama dan apa-apa yang berkaitan.
Boleh dia gunakan untuk marking kertas anda pula.
17 Personal Tote Bag
RM16+
Tote bag ini memudahkan guru untuk mengangkat kertas-kertas dan juga keperluan mengajar harian.
Sangat bermanfaat jika dihadiahkan kepada guru.
18 Gelas istimewa
RM13
Gelas premium yang mampu menceriakan hati pemakainya.
19 Thermal Flask Mug
RM22
Alternatif hadiah gelas dengan penutup, agar minuman lebih kekal lama suhunya.
20 Gelas dengan Warmer
RM20
Alternatif gelas dengan set pemanas yang menggunakan kuasa usb.
21 Body & Earth Gift Set
RM54
Set mandian Body Earth khas untuk hadiah guru wanita.
22 Geemy Trimmer Shaver Set
RM35
Set shaver dan juga trimmer yang selalunya sesuai untuk dihadiahkan kepada guru lelaki.
23 KitKat Suprise
RM35
Coklat dipercayai boleh membuatkan mood seseorang bertambah baik.
Jika sesuai boleh berikan hadiah coklat. Tapi kena fikirkan dahulu kalau jenis makanan ini.
Jika guru anda minat coklat boleh berikan.
24 Botol Eplas
RM36
Baik untuk kegunaan harian seorang guru. Air penting untuk guru yang banyak kata-katanya.
Rekabentuk botol ini juga agak menarik dan sesuai untuk orang dewasa.
25 Kusyen Bangku
RM14
Untuk alas tempat duduknya.
Duduk terlalu lama diatas permukaan yang tidak sesuai kurang baik untuk badan. Apatah lagi untuk guru yang berumur.
Pemilihan hadiah ini menunjukkan anda mengambil berat kesihatan guru anda.
26 Baju Khas
RM15
Apa kata anda design sendiri baju untuk guru anda?
Sesuai untuk guru lelaki atau perempuan. Boleh anda tentukan apakah yang nak diletakkan pada baju tersebut.
Untuk pilihan servis buat baju khas boleh rujuk: Lubuk print baju murah berkualiti
27 Sapu tangan
RM10+
Kegunaan harian guru anda. Yang sering berpeluh, diambah lagi dengan cuaca sekarang ini yang agak panas. Memang sesuai.
28 Set Tali Leher
RM27
Khas untuk guru lelaki.
Set ini tersedia dalam bentuk gift. Tak perlu susah payah nak cari kotak.
Cari warna yang sesuai dengan kegemaran guru anda.
29 Tudung
RM10+
Hadiah tudung nampak biasa, tapi ia adalah kegunaan harian. Tak salah untuk tambah koleksi.
Cuma pastikan pilih warna kegemaran guru anda.
30 Brooch
RM1+
31 Pouch Basikal
RM28+
Jika guru anda seorang minat berbasikal, beg basikal ini adalah kelengkapan yang sangat berguna.
Tambahan lagi ia adalah kalis air, letaknya dekat depat basikal dan tersedia ruang lutsinar untuk smartphone.
32 RockBros Sport Sunglasses
RM39
Jika guru anda sukakan aktiviti luar contohnya camping, hiking, memancing – hadiahkan cermin mata pelindung mata hari seperti ini.
Yang ini dilengkapi dengan UV400 protection, lasak, bergaya dan cerminnya boleh diganti dengan beberapa warna pilihan.
33 Set Sejadah Tenun Premium
RM20+
Set sejadah tenun istimewa buatan Turkey, pakej lengkap dengan kotak berhias.
Tampil dengan pelbagai warna dan corak yang menarik, lembut, mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana.
Semoga post idea hadiah hari guru ini boleh membantu anda memilih hadiah terbaik.
Kongsikan jika bermanfaat.