5 Senarai Handphone Energizer di Malaysia

Siapa sangka selain bateri wujud juga handphone Energizer?

Dengar sahaja Energizer, yang muncul dalam kepala kita adalah ‘bateri’.

bateri energizer
Bateri ‘Energizer’.

Dalam post ini kita lihat variasi produk smartphone Energizer yang ada di pasaran Malaysia.

Berikut adalah senarai ringkas produk handphone Energizer dalam post ini:

Sebelum itu kita kenali dahulu:

Apa itu Handphone Energizer?

Handphone Energizer sebenarnya bukan dibuat atau dimiliki oleh ‘Energizer’ pengeluar bateri.

Ia sebenarnya dimiliki @ dibuat oleh Avenir Telecom, syarikat yang berasal daripada negara Perancis.

Jean-Daniel Henri Beurnier, ahli perniagaan dan juga pengasas kepada Avenir Telecom.
Jean-Daniel Henri Beurnier, ahli perniagaan dan juga pengasas kepada Avenir Telecom.

Syarikat ini menggunakan jenama Energizer untuk menghasilkan handphone yang bertemakan bateri tahan lasak.

(Mempunyai lesen untuk menggunakan jenama Energizer)

Mereka mengeluarkan 4 kategori handphone atau smartphone:

  • Kategori Hardcase – tahan lasak
  • Kategori Power max – bateri tahan lama
  • Kategori Enery Plus – Tampil dengan aksesori perlindungan
  • Kategori handphone – Handphone dengan ciri-ciri klasik

Terdapat beberapa kelainan atau keunikan handphone Energizer ini.

Yang sudah pasti adalah baterinya tahan lebih lama berbanding smartphone yang biasa, walaupun dari luaranya kapasiti bateri dilihat lebih rendah.

Selain itu, harga handphone ini sangat murah dan adalah diantara modelnya yang menggunakan operating system tersendiri iaitu – KaiOS.

KaiOS ini adalah variasi operating system untuk handphone yang mana direka khas untuk menjadikan handphone lebih efektif dari segi penggunaan hardware seperti ram dan juga bateri.

Jika anda berminat dengan handphone jenis tahan lama dan lasak mungkin handphone Energizer adalah untuk anda.

Lebih-lebih lagi bagi yang sukakan aktiviti luar seperti hiking, camping dan sebagainya.

Senarai Handphone Energizer di Pasaran Malaysia

Dukacitanya, tidak semua keluaran handphone Energizer boleh didapati dipasaran Malaysia.

Berikut kami senaraikan model yang ada.

Semoga akan terbuka dihati kalangan pembaca untuk menjadi pengedar handphone Energizer agar lebih banyak model boleh didapati di pasaran.

1 H10

handphone Energizer H10

Lihat harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Handphone yang mantap untuk anda yang sukakan aktiviti luar dan lasak.

Spesifikasi:

  • Saiz: 109 x 49 x 15 mm
  • Berat: 80 gram
  • Chipset: Mediatek MT6261A
  • Card slot: microSDHC
  • Bateri: 1000mAh
  • Kelebihan: Dual sim, IP54, Flashlight

Kalau nak masuk hutang berhari-hari, tak ada akses elektrik, ini pilihan sesuai. Baterinya boleh bertahan sehingga 5 hari.

Fungsinya sangat ringkas, untuk buat panggilan, sms dan mungkin sedikit muzik…

Sangat sesuai bagi yang nak guna telefon sebagai telefon – bukan sebagai mini komputer.

Saiz kecil muat dalam poket, dilengkapi dengan lampu suluh, juga dengan perlindungan IP54 – Kalis air dan kalis habuk. Tidak perlu bimbang terjerumus ke air.

Juga tahan hentak untuk maksimum impak dari tempat setinggi 1.2meter.

2 E100

handphone Energizer E100

Lihat harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Lihat di Lazada

Sejenis dengan versi tahan lasak H10, tetapi dilahirkan awal sedikit pada tahun 2015.

Spesifikasi:

  • Saiz: 129 x 63 x 15 mm
  • Berat: 112 gram
  • Chipset: Mediatek MT6261D
  • Card slot: microSDHC
  • Bateri: 1500mAh
  • Kelebihan: Dual sim, IP54

Sebiji sama seperti H10, cuma kurangnya tidak mempunyai lampu suluh, internal dan RAM kecil, dan mungkin sedikit besar dan berat.

Tetapi kelebihannya baterinya lebih besar dan dikatakan mampu untuk bertahan sehingga 8 hari.

Ia juga mempunyai perlindungan IP54 – kalis air dan habuk.

Pilihan untuk para pengemar camping, berbasikal jarak jauh dan sering menjelajahi hutan.

3 E241

E241

Lihat harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Jenis moden sedikit dan lebih banyak pilihan apps.

Spesifikasi:

  • Teknologi: GSM / HSPA
  • Saiz: 125.3 x 54 x 14.5 mm
  • Berat: 72 gram
  • Operating system: KaiOS
  • Internal: 512MB storage, 512RAM
  • Chipset: Spreadtrum SC7731E
  • Card slot: microSDHC
  • Bateri: 1900mAh
  • Kelebihan: Dual sim, GPS, Wifi

Masih lagi mengekalkan kelebihan utama sebagai Energizer – Bateri mampu bertahan sehingga 6 hari.

Smartphone ini menggunakan operating system KaiOS, alternatif terbaik untuk android bagi smartphone yang RAMnya kecil. Agar performance hp lebih mantap tanpa perlu lag atau stuck.

Disertakan dengan pelbagai apps yang popular di android – WhatsApp, Facebook, Youtube, Twitter, google map, gmail…

Kamera juga ada di depan dan belakang.

4 E241S

E241s

Dengan menambah ‘S‘ anda boleh mendapat 4G.

Spesifikasi:

  • Teknologi: GSM / HSPA / LTE
  • Saiz: 125.3 x 54 x 14.5 mm
  • Berat: 95 gram
  • Operating system: KaiOS
  • Internal: 512MB storage, 512RAM
  • Chipset: Spreadtrum SC9820E
  • Card slot: microSDHC
  • Bateri: 1900mAh
  • Kelebihan: Dual sim, GPS, Wifi

Versi upgrade untuk E241, dengan chipeset lebih ok sedikit dan kebolehan untuk menggunakan fungsi 4G.

Yang lain semuanya sama – menggunakan OS KaiOS, dengan perlbagai apps sedia pasang dan kamera depan belakang.

5 P4905

Energizer P4905

Lihat harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Energizer versi android.

  • Teknologi: GSM / HSPA / LTE
  • Saiz: 139 x 65.8 x 12 mm
  • Berat: 95 gram
  • Operating system: Android 8.1
  • Internal: 16GB storage, 2GB RAM
  • Chipset: Mediatek MT6739WA
  • Card slot: microSDHC
  • Bateri: 1900mAh
  • Kelebihan: Dual sim, GPS, Wifi, fingerprint, accelerometer, proximity

Handphone energizer versi android, tapi masih mengekalkan tema bateri tahannya – bateri mampu bertahan sehingga 16 hari jika stanby @ tidak guna langsung.

Fungsi lain sama seperti android yang biasa anda namapk, boleh install apps dari Google Play dan sebagainya.

Cuma mungkin agak kurang sedikit performancenya, disebabkan oleh saiz RAM yang agak kecil.

Jika anda mahu guna android yang tahan bateri, inilah pilihan untuk anda.

Semoga post berkenaan handphone Energizer ini bermanfaat untuk bersama.

Leave a Reply