3 Siri Handphone RAM Paling Besar di Malaysia

Uniklist mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Misi uniklist kali ini adalah untuk menyenaraikan handphone RAM paling besar dan boleh didapatkan dalam pasaran Malaysia.

Biasanya, yang kita selalu nampak handphone RAM adalah 3 atau 4Gb.

Besar RAM seperti ini sudah mampu untuk menampung segala aktiviti kita sewaktu menggunakan handphone.

Apakah kelebihan handphone dengan ram besar?

Sebelum kita lihat senarai handphonenya kita cuba fahami secara ringkas apakah kelebihan ram besar pada handphone.

Apakah kelebihan RAM Besar?

Apakah itu RAM?

RAM adalah singkatan untuk ‘Random Access Memory’.

Kadang-kadang juga dipanggil sebagai ‘Memory’ – Berapa memory handphone ini?

Ia adalah tempat handphone menyimpan data agar boleh digunakan semula dengan cepat jika diperlukan.

Lebih cepat berbanding jika disimpan di internal storage.

Akan tetapi penyimpanan data ini adalah bersifat sementara.

Bermaksud, jika anda off handphone atau habis bateri, data ini akan hilang.

(atau force close apps)

Dalam handphone, RAM digunakan untuk menyimpan aktiviti anda bagi setiap apps yang anda telah gunakan.

Contohnya, kita buka youtube buka video kucing, kemudian buka facebook.

Bila kita balik ke youtube, video kucing masih disitu. Tidak perlu start semula youtube dari awal.

Ini kerana data tentang youtube disimpan oleh RAM.

Kelebihan RAM besar

Berikut antara kelebihan RAM besar:

  • Kebolehkan untuk multitasking bertambah – Kita boleh buka banyak apps dan berpindah-randah dari setiap apps tersebut tanpa menjejaskan apa yang kita buat disetiap apps tersebut.
  • Kualiti video lebih bertambah lebih baik – Kita perlukan RAM yang banyak untuk video berkualiti tinggi.
  • Permainan @ Games menjadi lebih lancar – Kerana game melibatkan pengiraan dan juga paparan grapik.
  • Berpeluang memainkan game yang lebih advance – Game yang advance memerlukan grapik yang advance yang mana juga memerlukan RAM yang banyak.
  • Handphone menjadi lebih fleksibel – Anda boleh menggunakan handphone dengan lebih lama. Sebagai contoh, versi android baru memerlukan sekurang-kurangnya 5Gb ram. Kalau tak ada 5gb maka tidaklah dapat menggunakannya.

Kesimpulannya, lagi besar ram pasti lebih baik.

Senarai Handphone RAM Besar di Malaysia

Kita cuba lihat apakah handphone dengan ram besar yang boleh kita beli di Malaysia.

Unstuk setiap senarai terdapat pilihan RAM daripada serendah 8GB ke atas.

Mungkin ada yang menarik minat anda.

1 Asus ROG Phone 5 Ultimate [Max 18GB RAM]

asus rog ultimate ram 18gb

*RM4,700+

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

Variasi pilihan RAM: Daripada 12GB – 18GB.

Keluaran handphone ROG – Republic Of Games.

Spesifikasi tertinggi

  • Processor: Snapdragon 888
  • OS: Android 11 (ROG UI)
  • Display: 6.78 inch, 2448×1080 OLED, 144Hz refresh rate
  • RAM: 18GB LPDDR5
  • Storage: 512GB UFS 3.1

Smartphone paling high-end diantara semua phone keluaran Asus.

Ia dibuat khas untuk mampu mengendalikan kesemua permainan game mobile yang ada.

Mungkin harga sedikit mahal, tetapi jika anda peminat ROG apa salahnya? ini adalah keluaran paling hebat yang boleh anda miliki.

2 Lenovo Legion 2 Pro [Max 18GB RAM]

lenovo legion 2 pro ram 18gb

*RM3,650+

Lihat di Shopee

Variasi pilihan RAM: Daripada 12GB – 18GB.

Alat permainan game yang boleh digunakan untuk membuat panggilan?

Spesifikasi tertinggi

  • Processor: Snapdragon 888
  • OS: Android 11 Legion OS
  • Display: 6.92 inch, 2460×1080 AMOLED HDR+, 144Hz refresh rate
  • RAM: 18GB
  • Storage: 512GB UFS 3.1

Ianya kelihatan lebih seperti alat permainan game tangan – handheld console. Dibina khas untuk keselesaan ketika permainan game.

3 ZTE nubia Red Magic 6 Pro[Max 18GB RAM]

ZTE nubia Red Magic 6 Pro

*RM5,419

Lihat di Shopee

Variasi pilihan RAM: Daripada 8GB – 18GB.

Dengan kelebihan refresh screen rate 165Hz, menjanjikan permainan game pantas dan smooth.

Spesifikasi tertinggi

  • Processor: Snapdragon 888
  • OS: Android 11, Redmagic 4.0
  • Display: 6.8 inch, 2400×1080 AMOLED HDR+, 165Hz refresh rate
  • RAM: 16GB
  • Storage: 512GB UFS 3.1

Semoga senarai ini dapat membantu para kaki gamers, kaki gajet dan anda yang ingin memiliki handphone dengan ram yang paling besar.

Leave a Reply