Uniklist mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Selain tepung gandum, apakah jenis tepung lain yang ada?
Post ini membawa anda mengenali jenis-jenis tepung dan kegunaannya.
Moga bermanfaat sebagai rujukan bersama.
Berikut adalah ringkasan jenis tepung dalam post ini:
Senarai 14 jenis tepung
Teruskan membaca untuk info lanjut.
(kita mulakan dengan tepung yang biasa digunakan – tepung gandum)
1 Tepung gandum
*RM3.50
Jenis ini termasuklah tepung gandum cap sauh, cap rose, cap kunci dan baker choice yang mana agak popular dan biasa kita nampak.
Kegunaan: Biasanya digunakan untuk membuat kuih muih, kek, pau, pancakes, donut, produk seperti pan mee dan juga sebagai bahan salutan untuk mengoreng.
2 Tepung atta
*RM4.50+ / 400g
Juga tepung gandum, tetapi lebih halus kerana cara pembuatanya yang berbeza. Dipercayai berasal daripada benua India.
Kegunaan: Kehalusan dan keelastikan tepung ini menjadikan ia sangat sesuai untuk membuat resepi roti india seperti roti canai, roti jantan, chapati, paratha, puri dan sebagainya.,
3 Tepung Ubi
*RM3.80+ / 250g
Diperbuat daripada kanji ubi seperti ubi kayu dan juga kentang. Juga dipanggil sebagai tepung kanji.
Kegunaan: Dalam masakan tepung ubi digunakan untuk melikatkan adunan seperti bubur, lempeng dan juga resepi berkuah.
Dalam edisi goreng mengoreng pula, ia digunakan untuk menjadikan bahan gorengan seperti kerepek menjadi lebih rangup.
Ia juga digunakan untuk mebantu memperbaiki tekstur tepung tanpa gluten.
4 Tepung Jagung
*RM2.00+ / 300g
Diperbuat daripada kanji bijian jagung, juga dipanggil sebagai tepung kanji.
Kegunaan: Sama seperti tepung ubi – melikatkan resepi masakan menjadikan masakan lebih sedap dan cantik kelihatan dan memperbaiki tekstur resepi seperti kek yang menggunkanan tepung tidak bergluten.
5 Tepung Beras
*RM3.00+ / 500g
Seperti namanya, tepung ini diperbuat daripada beras – digiling sehinga menjadi serbuk.
Kegunaan: Tepung beras biasanya digunakan untuk resepi kuih muih yang dikukus dan mempunyai tekstur seperti agar-agar. Contohnya untuk membuat kuih lapis, putu perak, kulih pelita dan juga kuih topi.
Ia juga boleh digunakan dalam masakan untuk tujuan melikatkan.
6 Tepung pulut
*RM3.00+ / 500g
Kegunaan: Tepung pulut digunakan sebagai bahan utama dalam resepi kuih muih pencuci mulut seperti kuih koci, lepat liat, wadai kepeng, ang koo kueh dan mochi.
Dalam masakan kegunaannya sama seperti tepung kanji.
7 Tepung sagu
*RM6.00 / 1kg
Tepung sagu diperbuat daripada batang pohon sagu.
Kegunaan: Terkenal dengan resepi aslinya seperti ambuyat. Ia juga digunakan unuk membuat keropok lekor dan keropok keping.
8 Tepung protein tinggi
*RM3.20+ / 500g
Juga dikenali sebagai tepung roti, mempunyai jangka hayat pendek, senang berkulat, dan menarik perhatian serangga kerana kandungan proteinnya yang tinggi.
Kegunaan: Kegunaan utama tepung protein tinggi ini adalah dalam pembuatan roti.
Kandungan protein tinggi ini dengan bantuan yis akan menghasilkan roti yang kembang cantik dengan permukaan yang keras ranggup dekat luar tetapi lembut di dalamnya.
9 Tepung berprotein rendah
*RM4.50 /1kg
Juga dikenali sebagai tepung biskut / tepung kek.
Kegunaan: Untuk membuat resepi bakar yang lembut seperti biskut, cupcakes, kek dan yang sebarisan dengannya.
10 Tepung naik sendiri
*RM3.70+ / 500g
Lebih dikenali dengan nama englishnya – self rising flour. Yang mana telah sedia dicampur dengan serbuk penaik dan juga sedikit garam.
Kegunaan: Digunakan dalam resepi biskut, muffin, pancakes dan juga kek.
11 Tepung Hongkong
*RM11.00 / 1kg
Juga dikenali sebagai white lily flour dan juga tepung pau.
Mempunyai tekstur yang sangat halus, yang mana membuatkan ia mampu menghasilkan struktur yang lembut, dengan ruang udara yang sekata dan sangat kecil berupaya mengekalkan kelembapan.
Kegunaan: Biasanya digunakan untuk membuat pau. Juga digunakan untuk membuat kek.
12 Tepung Hoen Kwe
*RM2.50+
Diperbuat daripada bahan kekacang yang digiling sehingga menjadi serbuk.
Kegunaan: Digunakan untuk membuat kek kek lapis pandan, sweet corn hoen kwe dan variasi resepi kek lapis lain.
13 Tepung kastard
*RM6.00+ / 1kg
Kegunaan: Tepung kastard (custard) Digunakan untuk resepi seperti cream puff, pudding, kek dan juga biskut.
14 Tepung Wholemeal
*RM5.50 / 1kg
Tepung wholemeal adalah versi tepung gandum yang lebih banyak nutrisinya disebabkan oleh bahan dan cara pembuatanya.
Ia dapat dibezakan dengan jelas dengan warna yang sedikit gelap berbanding tepung gandum biasa.
Kegunaan: Biasanya digunakan untuk membuat roti yang kita panggil sebagai wholemeal bread, berwarna coklat.
Semoga post jenis tepung ini bermanfaat untuk rujukan bersama.