Dalam post ini kami sediakan senarai nama kasut adidas sebagai rujukan anda.
Jika anda bercadang nak beli kasut dengan jenama adidas, bolehlah lihat untuk ketahui jenis mana satu paling sesuai untuk kegunaan anda.
Jangan tersilap memilih.
Senarai nama kasut adidas
Dalam senarai ini disertakan juga kesesuaian penggunaan, anggaran harga dan pautan jika anda berminat untuk memiliki.
1 Adidas NMD
RM90+
Kesesuaian penggunaan: Pemakaian kasual harian.
NMD (singkatan Nomad) atau NMD R1 adalah kasut Adidas yang dicipta untuk kegunaan harian kita, dengan gaya yang sesuai dengan pemakaian jenis kasual.
Ia dibuat dengan menggunakan teknologi yang sama seperti kasut Adidas yang dibina khas untuk bersukan, menjadikannya selesa untuk dipakai berjalan.
Terdapat beberapa jenis variasi NMD yang wujud seperti NMD C1, NMD CS1, NMD R2 dan NMD XR1.
2 Adidas Alphabounce
RM100+
Kesesuaian penggunaan: Untuk para atlit atau ahli sukan yang melibatkan banyak pengerakan.
Kasut Adidas Alphabounce direka khas untuk membantu para atlet untuk meningkatkan prestasi mereka.
Ia tampil lebih unggul, lebih fleksibel dan tahan lasak.
Dilengkapi dengan bahagian ‘Forgemesh’ pada bahagian atas untuk memberi sokongan dan kestabilan untuk pengerakan linear dan juga pengerakan pelbagai arah.
Pada bahagian tapak tengah, ia bersifat mudah regang untuk menampung pengerakkan kaki untuk pelbagai arah.
Bahagian tapak pula diperbuat daripada ‘Continental Rubber’ untuk mengekalkan cengkaman sekaligus menjamin kecekapan untuk para atlit bertukar arah ketika sedang bersukan.
3 Adidas Harden Vol. 4
RM137+
Kesesuaian penggunaan: Untuk pemain bola keranjang.
Kasut Adidas untuk pemain bola keranjang, Adidas Harden Vol. 4. Dicipta khas berdasarkan nama dan permainan pemain bola keranjang NBA, James Harden.
Segala teknologi yang digunakan untuk membuat kasut ini adalah berdasarkan kajian Adidas terhadap James Harden.
Pengerakan, kesesuaian, kecekapan yang mana kesemuanya untuk memaksimakan permainan anda di gelanggan bola keranjang.
Jika anda seorang pemain bola keranjang, kasut ini dibuat khas untuk anda.
4 Adidas Ozweego TR
RM320
Kesesuaian penggunaan: Kasut sukan dan pemakaian kasual.
Adidas Ozweego TR, dengan inspirasi klasik 90-an dan diperbaharui dengan gaya moden semasa.
Dibuat menggunakan teknologi terkini untuk memastikan pemakaian yang selesa.
Jika anda peminat gaya klasik, kasut ini adalah pilihan terbaik.
5 Adidas Energyfalcon
RM225
Kesesuaian penggunaan: Kasut untuk larian, jogging, jarak jauh, lasak.
Adidas Energyfalcon, kasut adidas untuk larian jarak jauh yang lasak dalam pelbagai juga permukaan.
Selain daripada tahan lasak, ia juga ringan, menjamin keselesaan kaki dan mampu untuk menghadapi apa jua cabaran alam semulajadi dan cuaca.
Jogging? Hiking? Marathon? Kasut ini adalah pilihan terbaik.
6 Adidas Continental 80
RM99
Kesesuaian penggunaan: Kasut sukan dan pemakaian kasual.
Adidas Continental 80, kasut sukan dengan inspirasi rekacipta terkenal pada tahun 80-an.
Selesa, bergaya dan sesuai untuk tujuan penggunaan sukan dalam dan luar rumah.
7 Adidas 4d
RM459
Kesesuaian penggunaan: Kasut sukan untuk larian / jogging.
Adidas 4D, kasut larian ciptaan terkini yang menjanjikan keselesaan larian luar biasa.
Struktur kasut yang diperbuat menggunakan teknik 4D printing menggunakan bahan getah yang menjanjikan kepuasan pemakaian.
8 Adidas Samba OG
RM150
Kesesuaian penggunaan: Kasut sukan dan pemakaian kasual.
Simple tapi bergaya. Dengan design yang dikenali ramai, tiga garis pada bahagian tepi, kasut adidas ini dikenali secara rasmi sebagai ‘Adidas Samba OG’ atau kasut Adidas Samba.
Seringkali digunakan untuk pemakaian kasual dan juga aktiviti sukan, kasut ini memang terkenal sejak dahulu lagi.
9 Adidas Stan Smith
RM131+
Kesesuaian penggunaan: Kasut sukan, ikonik, pemakaian kasual.
Adidas Stan Smith tampil dengan keseimbangan sempurna dengan rupabentuk ikonik, keselesaan kaki dan gaya keseluruhan.
Semoga senarai nama kasut adidas ini bermanfaat untuk kegunaan dan rujukan bersama.
Jika terdapat jenis kasut adidas yang tiada dalam senarai diatas, kami alu-alukan anda untuk ‘mencadangkan’ dalam ruangan komen dibawah.