Tidak kira anda nak beli cermin mata hitam, cermin mata sebenar atau cermin mata fesyen, anda pasti akan berhadapan dengan banyak pilihan.
Nak gunakan style yang mana satu?
Dalam post ini kami senaraikan cermin mata trend terkini yang sedang popular.
Jadikan ia sebagai sumber rujukan anda.
Ringkasan Senarai:
- Cermin Mata Clubmaster / Browline
- Cermin Mata Metal Frame
- Cermin Mata Wooden Frame
- Cermin Mata Frameless
- Cermin Mata Half-rim Glasses
- Cermin Mata Clear Frame
- Cermin Mata Round Frame
- Cermin Mata Oval Frame
- Cermin Mata Rectangle Frames
- Cermin Mata Square Frames
- Cermin Mata Oversize Frames
- Cermin Mata Cat-eye Shape
Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.
1 Cermin Mata Clubmaster / Browline
RM599+
Clubmaster mempunyai ciri-ciri frame atas yang sedikit tebal dengan kedudukannya hampir selari dengan kening pemakai.
Manakala cerminnya pula dipegang oleh frame besi nipis.
Ciri-ciri ini menyebabkan perhatian akan tertumpu pada garis kening si pemakai.
Clubmaster popular dikalangan pemakai dan peminat fesyen disebabkan oleh ciri-ciri klasik @ retronya.
Selain daripada jenama Ray-Ban, anda boleh lihat Clubmaster lain di sini: Jenis-jenis cermin mata clubmaster
2 Cermin Mata Metal Frame
RM183
Cermin mata metal frame adalah cermin mata dengan bingkai sepenuhnya diperbuat daripada logam – besi, aluminium, titanium, aloi dan sebagainya.
Cermin mata metal frame popular dikalangan ‘serius bisnes’, kerana keupayaannya untuk membawa aura kepercayaan, keyakinan, dan menaikkan lagi penampilan fesyen pejabat pemakainya.
3 Cermin Mata Wooden Frame
RM55+
Trend cermin mata bingkai kayu nampak semakin menaik sejak akhir-akhir ini.
Bingkai kayu yang simple, dengan warna kayunya, dengan keasliannya – Menggambarkan kehidupan yang ringkas dan lebih natural.
4 Cermin Mata Frameless
RM94
Cermin mata frameless atau rimless dibuat dengan design dimana framenya hampir tidak wujud atau tidak wujud langsung (tidak kelihatan).
Ia popular kerana ciri-ciri ini. Biasanya dipakai untuk oleh mereka yang tidak mahu perhatian tertumpu pada cermin mata atau tidak mahu cermin mata mereka merosakkan fesyen pakaian yang mereka bawakan.
5 Cermin Mata Half-rim Glasses
RM80
Lihat di Shopee
Cermin mata half-rim menjadi pilihan pada mereka yang mahu mencuba untuk menggayakan pemakaian cermin mata mereka.
Dengan frame pada bahagian atas, pemakai mempunyai sedikit kelebihan untuk memilih gaya tetapi tidak keterlaluan.
6 Cermin Mata Clear Frame
RM10+
Cermin mata clear frame menjadi trend dikalangan mereka yang mempunyai penghayatan tinggi dalam dunia fesyen.
Cermin mata dengan frame clear ini dikatakan boleh menzahirkan imaginasi seseorang dalam fesyen dan dipadankan dengan pakaian dan aksesori lain.
7 Cermin Mata Round Frame
RM10+
Fesyen lama kini kembali, tidak terkecuali untuk cermin mata.
Pemakaian cermin mata jenis frame bulat ini menampakkan ciri-ciri retro atau vintage. Menjadi trend pemakaian dihujung minggu secara santai.
Sangat sesuai untuk jenis muka yang bersegi, yang mana garisan bahagian dagu dan tepi pipi jelas kelihatan.
8 Cermin Mata Oval Frame
RM6+
Oval frame adalah jenis cermin mata yang tidak mempunyai sudut atau segi – bentuk oval melintang.
Trend cermin mata ini popular dikalangan wanita yang mempunyai bentuk muka segi empat dan segi tiga dengan sudut yang jelas kelihatan.
9 Cermin Mata Rectangle Frames
RM79+
Cermin mata dengan frame rectangle adalah trend paling dominan sepanjang masa. Tidak kira bentuk muka jenis apa, jika anda mahu tampil anggun dan kacak tanpa perlu perhatian yang berlebihan jenis ini adalah yang terbaik.
10 Cermin Mata Square Frames
RM20+
Hampir sama dengan fram rectangle, cermin mata square frame lebih besar sedikit saiznya. Jenis ini lebih menjadi pilihan untuk mereka yang inginkan sedikit perhatian.
11 Cermin Mata Oversize Frames
RM10+
Cermin mata bersaiz besar jika dipilih bentuk dan warna yang betul akan menjadikan penampilan pemakai lebih menyerlah.
Kelebihan lain, oleh kerana saiznya yang besar, ia menjanjikan perlindungan sepenuhanya – sebagai sunglasses atau mungkin boleh dijadikan sebagai alat penyamaran yang baik.
12 Cermin Mata Cat-eye Shape
RM20+
Cermin mata jenis cat eye ini popular dikalangan wanita bekerja yang mana dikatakan mampu memperlihatkan keprofesionalan, style dan ada kelasss…
Dalam masa yang sama masih membenarkan pemakai untuk mengekspresikan diri serta keperibadian tersendiri.
Semoga post cermin mata trend terkini ini dapat membantu anda untuk memilih cermin mata yang sesuai.