Top 10 Nama Sambal Viral di Malaysia 🔥

Uniklist mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Sebagai rujukan bersama, jika terlintas di kepala anda nama nama sambal viral.

Dalam post ini kami sediakan senarai penuh nama sambal yang mula viral, sedang viral dan pernah viral di Malaysia.

Jika ada senarai nama sambal viral yang tidak tersenarai sini, boleh nyatakan dalam ruangan komen. Biar banyak pilihan sambal untuk rujukan bersama.

Ringkasan senarai:

Teruskan membaca untuk info ringkas dan pautan berkaitan:

Editor choice

1 Sambal Abang Syukor

Sambal Abang Syukor koleksi nama sambal viral

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Sambal Abang Syukor daripada Syukor Majid, mencapai jumlah jualan RM1 juta dalam masa 3 bulan melalui platform live Shopee. Setakat ini kadar pembelian mencapai jumlah 50,000 botol sebulan dengan jumlah terkumpul jualan sebanyak 182,400 botol hanya dalam platform shopee sahaja. Belum kira platform lain.

Terdapat 20 variasi sambal Abang Syukor seperti sambal merah, sambal hijau, merah sotong, merah ikan talang, merah bilis petai dan seterusnya.

Harga bermula RM12-15 dengan kuantiti 180g.

2 Sambal Hitam Tokey

sambal hitam tokey sala satu daripada koleksi sambal viral.

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Sambal Hitam Tokey oleh Khairil Adzhaza, dengan jualan mencecah sehingga 14,000 unit sebulan, dengan jualan terkumpul 527,000 unit setakat ini untuk variasi produk Sambal Hitam hanya di platform Shopee sahaja.

Variasi paket Sambal Hitam Tokey pedas dan kurang pedas bermula dari kuantiti 50g, 100g, 135g, 250g, 500g dan 1kg dengan harga bermula serendah RM3.70 sehingga RM62.

3 Sambal Bilis Zara

antara sambal viral sambal bilis zara

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Sambal Bilis Dari Zara Kitchen, popular dengan order lebih 1600 unit sebulan dan order terkumpul 17,500 unit hanya melalui platform Shopee sahaja.

Sangat rangup dan sedap sesuai dengan para peminat sambal pedas-pedas.

Sambal ini diperbuat daripada bahan seperti bawang merah, cili kering, minyak masak dan perasa tersendiri tampil dengan 3 variasi kuantiti pakej – 50gram, 100 gram dan 200 gram dengan harga bermula dari RM2.99 ke RM9.99.

4 Sambal Nasi Lemak Bangsudu

Nama viral sambal, sambal nasi lemak bangsudu.

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Sambal Nasi Lemak oleh Bangsudu, bangsudu seringgit atau nama sebenar Muhammad Fazrie Haiqal Faizal. Sambal ini bermula dengan jualan nasi lemak RM1 tepi jalan di Desa Coalfields Sungai Buloh.

Sambal Nasi Lemak viral popular dengan order bulanan mencecah lebih 1,300 unit dan order terkumpul setakat ini 20,700 unit hanya melalui platform Shopee sahaja.

Ia adalah resepi khas daripada keluarga bangsudu (ayahnya), dengan rasa pedas manis seimbang, sesuai dimakan sebagai sambal nasi lemak, mee goreng, bihun goreng atau sebagai ibu sambal pada masakan pilihan sendiri.

Pakej sambal ini tersedia dalam kuantiti 300gram dengan harga RM14.

5 Sambal Gepuk

sambal gepuk sambal viral

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Sambal Gepuk daripada resepi Sajianamoi, dengan 3 level kepedasan, sambal ini menjadi popular dikalangan peminat sambal di Malaysia. Sambal ini mempunyai permintaan sebanyak 1,200 unit sebulan dengan 12,500 unit order terkumpul hanya melalui platform Shopee sahaja.

Sambal ini tersedia dalam 3 level kepedasan – biasa, pedas dan extra pedas. Untuk kuantitinya pula ada dua variasi iaitu sekali makan 30g dan sekali makan untuk 2-3 orang 70gram dengan harga sekitar RM2.70 ke RM5.00.

Sesuai untuk digandingkan dengan ikan, ayam, udang goreng, nasi goreng, telur mata, nasi panas.. sedap.

6 Sambal Bilis Tumbuk Pedas Tokey

sambal bilis tumbuk pedas

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Lagi sambal bilis tumbuk pedas daripada Tokey. Dengan order sebanyak 877 unit sebulan, sambal ini mencatatkan jualan terkumpul lebih 20,000 unit hanya melalui platfrom Shopee sahaja.

Sambal yang memang pedas, tidak masam, sedia untuk dimakan bersama apa jua hidangan – nasi, bubur, roti atau boleh juga dijadikan pes untuk nasi atau mee goreng.

Bungkusan tampil dengan 3 variasi, 50 gram, 100gram dan 250gram dengan harga bermula dari RM3.70 ke RM16.50.

7 Sambal Che Nor

sambal che nor nama sambal viral

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Koleksi Sambal Che Nor yang popular dengan order bulanan lebih 800 unit dan order terkumpul melebihi 40,000 unit hanya melalui platform Shopee sahaja.

Sambal siap sedia yang boleh dimakan terus, tidak perlu dimasukkan ke dalam peti ais, tidak mengandungi bahan pengawet tambahan, sesuai untuk pelbagai jenis hidangan, bersih dan halal.

Terdapat pelbagai variasi sambal Che Nor ini. Antaranya adalah Sambal Bilis rangupm garing ikan bilis, udang, super spicy, cheese korea, crispy garlic, serunding ayam, sambal tempe, sambal pepper dan banyak lagi. Kuantiti seunit bermula sekecil 50g ke 300g.

8 Sambal Tempoyak Bilis Petai Elly’s Kitchen

Sambal Tempoyak Bilis Petai Elly Kitchen

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Sambal tempoyak oleh Elly’s Kitchen yang viral dengan pesanan bulanan melebihi 780 unit dan jualan terkumpul melebihi 26,000 unit hanya melalui platform Shopee sahaja.

Sambal ini diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti dan bersih. Antara bahan utama adalah tempoyak, bilis, petai, bawang, cili padi, garam, gula dan perasa. Rasa sambal yang manis enak ditambah dengan pedas dan petai pasti membuka selera.

Sambal tempoyak bilis petai ini dijual dalam kuantiti 285gram seunit dengan harga RM14.99.

9 Sambaleena

Sambaleena nama sambal viral

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Sambaleena, koleksi sambal yang viral yang mana mendapat pesanan ratusan unit sebulan dengan pesanan terkumpul sebanyak 22,000 lebih unit.

Koleksi sambal yang pedas dan mengecurkan air liur ini dihasilkan dengan resepi tradisional menggunakan barang-barang berkualiti premium. Sedia untuk dimakan terus.

Terdapat pelbagai variasi sambaleena seperti Sambal Ijo, Sambal Ketuk, Sambal Penyet, Sambal Tempoyak, Sambal Itam dan banyak lagi. Ia tersedia dalam pilihan botol dan pek kecil dengan harga bermula dari RM6.80 ke RM25.00.

10 Sambal Betty’s

sambal viral sambal betty

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Koleksi sambal viral daripada Betty’s kitchen yang mencapai jualan terkumpul melebihi 23,000 unit hanya melalui platform Shopee sahaja.

Selain daripada sedia untuk dimakan terus, sambal ini juga boleh dijadikan paste untuk masakan seperti masak lemak cili padi, nasi goreng, mee goreng dan sebagainya.

Terdapat banyak variasi sambal betty, antaranya adalah Betty gila botol, betty sewel botol, betty malas botol, betty tumis botol dan banyak lagi. Ia tersedia dalam bentuk botol dan juga pek dengan harga bermula dari RM5.50 – RM25.00

Jika terdapat nama sambal viral yang tidak tersenarai disini, boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah. Kita tambah dalam senarai untuk rujukan bersama.

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!

Leave a Reply