15 Idea Hadiah Hari Bapa Pasti Disukai (Edisi 2024)

Anda bercadang untuk memberi hadiah Hari Bapa pada ayah anda?

Hari bapa di Malaysia pada tahun ini jatuh pada 16 Jun.

Mungkin anda merancang untuk membelikan sesuatu yang istimewa untuk ayah anda.

Semasa nak pilih hadiah, ingat kunci rahsia ini:

Hadiahkan sesuatu yang ayah tak akan beli untuk dirinya. Jika bajet sempit, buat sendiri (DIY).

Contohnya, ayah tidak akan beli dompet berjenama Braun Buffel (kecuali mempunyai kelebihan), tapi pasti suka jika diberikan sebagai hadiah.

Berdasarkan kata kunci diatas, sini kami senaraikan beberapa hadiah hari bapa yang pasti akan disukai.

Berikut merupakan senarai ringkasnya:

Jika anda belum mempunyai bayang-bayang hadiah apa nak diberikan, mungkin senarai ini boleh membantu.

Untuk para isteri jika nak berikan hadiah hari bapa pada suami boleh juga rujuk post ini untuk idea: Hadiah anniversary untuk suami.

Teruskan skrol kebawah dan membaca untuk gambaran setiap idea:

1 Jam Casio MTP-1239D

jam tangan casio klasik sebagai hadiah untuk hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Jam tangan Casio gaya klasik untuk pemakaian harian, keminatan para bapa yang matang yang telah menempuhi pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidup.

Jam tangan ini tampil ringkas bergaya, tidak kompleks, tidak menyusahkan, dengan band stainless steel, lengkap dengan paparan haribulan dan hari.

Bahagian paparan diperbuat daripada kaca mineral, kalis air, pengunci jenis klip lipat dan tepat dengan ralat sekitar 20 saat sebulan.

2 CROCODILE Men’s Wallet

crocodile wallet rfid hadiah hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Dompet jenama Crocodile berwarna hitam/coklat yang diperbuat daripada kulit asli.

Dilengkapi dengan lapisan anti scan curi RFID, logo besi crocodile, 7 slot untuk kad, 2 slot resit, 2 slot wang kertas, 2 ruangan tembus lihat untuk lesen dan mykad dan satu ruangan dengan zip penutup.

Bahagian tengah dompet tidak berlubang dan saiznya adalah 11.5cm panjang, 8.6 lebar dan tebal maksima 1.5cm @ boleh memuatkan 21 keping RM50, tanpa menjadikan dompet kembung.

3 DENVER Classic Player

denver classic player rv1

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Denver classic player adalah pemain muzik 6 jenis dalam 1 – radio am/fm, vinyl record player, cd player, pemain kaset, usb dan 3.5mm aux.

Dengan rekabentuk klasik pasti menggamit kenangan lalu. Jika ayah anda masih menyimpan rekod piring lama, kaset atau CD, pasti dapat dimainkan semula.

4 Camping Box

camping box untuk hadiah hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee
Kotak penyimpanan serba boleh yang sesuai digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan.

Kotak ini diperbuat daripada bahan PP yang lasak dengan kombinasi kayu pada bahagian atas. Ia mempunyai 5 bahagian pintu yang boleh dibuka untuk memudahkan akses kedalam ruangan penyimpanan.

Dengan saiz 52cm x 36cm x 35cm, berkapasiti 60L, pasti cukup berguna untuk seorang ayah yang selalu beraktiviti diluar seperti memancing, camping dan sebagainya.

5 Rattan Pen Holder

rattan pen holder untuk bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Tempat penyimpanan pen atau alat tulis yang diperbuat daripada pokok rotan sega, kemas, semulajadi dan memberikan sentuhan keMalaysiaan pada meja ayah.

Mempunyai nilai estetika tersendiri, ayah pasti faham – Proses pembuatan bermula dari hutan, dikumpul oleh golongan berkerja keras, dengan proses pengawetan yang panjang, kemudiannya dianyam kemas, dijual murah kepada orang tengah dan akhirnya muncul di Shoppee dan Lazada dengan harga yang anda beli sekarang.

(Mungkin juga diimport dari China)

6 Lukisan Caricature

lukisan caricature sebagai hadiah untuk ayah

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Tukarkan potrait atau foto ayah anda kepada kartun. Boleh tambah wording, ikut kretiviti anda. Kemudian pasangkan frame. pasti menarik.

7 Personalized Calendar

personalized calendar hadiah hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Hadiahkan kalendar dimana gambar-gambar yang disukainya menjadi hiasan.

8 Kain sarung batik

kain sarung batik sebagai hadiah hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Corak batik menawan dengan kain yang selesa. Sesuai untuk penggunaan ayah ketika berada di rumah.

9 Keris Warisan Melayu

keris

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Hadiahkan sebuah keris buatan tangan dengan reka bentuk bilah yang unik, melambangkan keberanian dan warisan.

10 Alat Muzik Tradisional

alat muzik seruling sebagai hadia hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Sebuah alat muzik tradisional, seruling warisan buadaya, untuk hadiah hari bapa. Ia dapat membangkitkan semula kenangan lama pasti bermakna untuk ayah.

Ia tidak semestinya alat muzik seruling, bergantung pada apa yang mempunyai kaitan dengan ayah anda.

11 Custom Cutting Board

custom cutting board sebagai hadiah hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Untuk ayah yang gemar memasak, atau seorang chef, boleh hadiahkan papan pemotong custom made.

Jika ayah anda seorang tukang masak atau minat memasak, sudah semestinya beliau mempunyai papan pemotong tersendiri. Tidak mengapa, tujuan anda belikan papan pemotong custom made ini adalah sebagai simbol mengingatkan ayah bahawa anda ambil berat. Papan ini mungkin tidak akan digunakan oleh beliau, mungkin akan digantung sebagai koleksi @ monumen.

12 Kopi Scented Candle

kopi scented candle untuk hadiah hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Lilin aroma terapi dengan aroma kopi. Sangat sesuai sebagai hadiah menarik di hari bapa untuk ayah yang meminati kopi.

13 Sambal Abang Syukor

hadiah Sambal Abang Syukor sempena hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Untuk ayah yang sangat suka dengan makanan sambal, Sambal Abang Syukor pasti mengena.

Sambal yang enak ini dibuat berdasarkan standard GMP, halal dan dibuat menggunakan bahan-bahan segar daripada ladang.

Terdapat beberapa pilihan yang mana semuanya dalam kuantiti 180g: Sambal merah, sambal hijau, merah sotong, merah ikan talang, merah bilis petai, merah tempoyak, hijau bilis petas dan 13 jenis lagi.

14 Pisau Pemburu Serbian

pisau pemburu serbian sebagai hadiah untuk ayah

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Pisau lapah tajam, berkualiti, bergaya dan akan menjadi perhatian apabila digunakan ketika Hari Raya Korban.

Rekabentuknya mempunyai lubang untuk jari agar genggaman pisau lebih kuat, lengkap dengan sarung kulit yang boleh dipasang pada tali pinggang.

Saiznya adalah 28cm panjang, 5cm lebar, tebal 4.1mm. Dijamin ketajaman dan sangat mantap.

15 Lampu Suluh Kepala SUPERFIRE

lampu suluh kepala superfire sebagai hadiah hari bapa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Tidak pasti apakah sebabnya, akan tetapi bagi seorang ayah, hadiah lampu suluh tidak pernah mengecewakan.

Hadiahkan ayah anda lampu suluh kepala untuk hari bapa. Lampu suluh kepala LED yang sangat terang, dengan bateri built-in sebesar 1600mAh yang boleh beroperasi berterusan 5 jam dengan kekuatan pancaran cahaya maksimum.

Sangat sesuai untuk aktiviti waktu malam, atau penggunaan dalam ruangan kurang cahaya seperti dalam stor.

Cahaya mampu menerangi sehingga jarak 120M, dilengkapi dengan cahaya merah yang mana tidak akan menggangu @ menarik perhatian binatang atau serangga, 9 modes cahaya, motion sensor untuk on dan off, kedudukan pancaran yang boleh diubah dan fast charging.

Semoga ada diantara senarai yang kami kemukakan dalam post idea hari bapa ini dapat membantu anda memberikan hadiah yang terbaik, unik dan istimewa untuk ayah anda.

Penutup kata, jika bajet atau masa untuk memilih@membeli hadiah tidak mengizinkan, makan malam dan masa yang anda luangkan bersama ayah anda merupakan hadiah yang istimewa.

Leave a Reply